ARTIKEL PALSU YANG DIKAITKAN DENGAN JABATAN GEOLOGI, UNIVERSITI MALAYA
Jabatan dimaklumkan bahawa telah tular satu artikel di media sosial yang menyatakan bahawa terdapat "..gua kosong yang amat besar..." di bawah bandaraya Kuala Lumpur. Artikel ini kononnya ditulis oleh seorang ahli geologi terkemuka dari Universiti Malaya yang bernama Dr. Sarah Jamal.
Jabatan perlu menegaskan di sini bahawa tiada ahli geologi yang bernama Sarah Jamal yang berkhidmat di Universiti Malaya. Juga, tiada ahli Geologi bernama Sarah Jamal didaftarkan di dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia.
Kandungan artikel ini adalah tidak berdasarkan fakta dan adalah palsu.
Staf Jabatan Geologi UM mengambil langkah berhati-hati mengulas berkenaan insiden di Jalan Masjid India yang melibatkan kehilangan nyawa, memandangkan kerja-kerja SAR dan penyiasatan oleh pihak berkuasa masih berjalan, serta punca kejadian masih tidak dipastikan.
Yang benar,
Prof. Madya Dr. Meor Hakif Amir Hassan
Ketua,
Jabatan Geologi,
Fakulti Sains,
Universiti Malaya